Saturday, January 29, 2011

Terima Kasih. !

Salam..


0uh!.. lama gila la aku ta m'hupdate blog aku ney.. haha. malas?. mungkin juga.. btw, thanks to Nutte.. p/s: rajen kau m'edit ek..muchas gracias!..muahaha..


okay, semalam mesti la ramai yang dah balik rumah kan?. dan aku?. mestila kat sini lagi. memandangkan isnin masih terpakse bekerja. so, terpakse gagahkan jua hati untuk pergi. nak ponteng?.. ta baeeekkk tuu ye adek2 ku.!. pergi je lah kan. cerita pasal balik rumah a.k.a kampung...aku memang lama dah la tak balik nye..tadek mase nak balik..nak curi mase pun tak boleh..so, tunggu cuti nie jela..tapela lambat pun..asalkan selamat..


posting?..posting aku tinggal lagi 3 minggu kot..report?..memang bersih lagi suci..tak buat pun lagi..okay, kau gila Madihah.!. silalah bertungkus lumus untuk menyiapkannya yea!. so far kat Hospital Putrajaya nie ok lah. makanan memang 1st class..da memang hospital 1st class kot..kau buat tak paham lak kan..cis!..kat sana ada 4 orang student yang tengah praktikal..2 dari UKM n the other 2 dari UPM..pastu kat sane de 4 orang dietitian..aku kat sane keja dalam ofis..boleh dikatakan mandur gak la a.k.a bos..haha..*eceh, kau baru praktikal dah berlagak bos!..tadekla aku biasa je..






seterusnya, aktiviti yang aku buat....banyak gila kau..makan..tido..makan..tido..hahaha..banyak kan??..act, kitorang kena buat projek dan kena present..aku ada 2 project..still on progress..rasanya next week dah boleh stop..n start analyse everything kerana telah kesuntukan masa..dengan report lagi tak siap..eh, banyak gila rupanya kerja aku yang tak siap lagi..aku dok syiok melayan "Khabie Khusie Khabie Gham"...memang layan habes lah..hahaha..*berapa kali ulang pun tak tau la..haha..kau memang berani mati Madihah!


Cukup sampai sini dulu..bulan depan aku sambung lagi..heh~


tata..


::Madihah::  

Tuesday, January 25, 2011

Biar saya tolong , haha !



Salam..


HAHAHA !! aku nak menyibuk sekejap kat blog kakak aku ni.. memandangkan dia tak ada lagi post untuk 2011 , so baik aku tolong rasmikan bagi pihak dia..


HELLO 2011 !!


Act , aku tolong edit blog kakak aku ni ha.. SANGAT SANGAT serabut sebelum ni ! entah apa apa gadget dia letak kat sini.. amboi , aku pulak terlebih emo , haha sorry.. So , dengan kebaikan dan ketelusan yang ada dalam hati aku ni , aku tolong lah kemaskan blog dia ni.. lebih kurang aku punya blog jugak la.. tema PUTIH .. biasalah , saya kan seorang wedding planner yang tak bertauliah.. Haha


Oh, kakak aku memang tak ada masa nak update blog dia..


Dia tengah praktikal kat Hospital Putrajaya ..


OK , malas nak tulis banyak banyak..


Penggangur terhebat ,
Nutte

Wednesday, August 25, 2010

Penyakit Hati | Lebih Bahaya |




Bismi


-Tazkirah Remaja : Ustaz Mohd Zawawi Yusoh-

TUAN ada penyakit ke? Kalau ada tanda demam yang kuat cepat-cepatlah
pergi berjumpa doktor. Mana tahu ada apa-apa, boleh bertindak awal
kerana bimbang juga dengan kedatangan gelombang kedua H1N1 sekarang.
Hari ini ramai yang sanggup berbelanja besar demi kesihatan, sebab
kesihatan sangat berharga. Bila ada saja yang sakit, pasti ramai yang
bersimpati. Semakin moden dan canggih dunia, semakin cepat kita dapat
penyakit dan semakin cepat juga kita mengesan penularan sesuatu penyakit.

Pun begitu, semakin canggih dan prihatin manusia terhadap kesihatannya,
manusia masih lupa memberi perhatian terhadap penyakit hati yang jauh
lebih bahaya daripada penyakit fizikal. Penyakit hatilah yang akan
merosakkan keharmonian rumah tangga. Mengganggu suami isteri orang,
maka berlakulah kecurangan dan lupa tanggungjawab.

Tidak memberi nafkah akhirnya berkecai rumah tangga. Anak jadi tidak
keruan dan hilang kasih sayang. Bila hati sudah berpenyakit maka akan
hilang rasa takut kepada Allah, merosot serta comot integriti, tidak lagi
rasa diperhati, depan orang alim tetapi di belakang menjadi "maling".
Itu sekadar contoh kesan akibat penyakit hati yang terlalu banyak
keburukannya. Siri kali ini penulis mahu bincangkan antara tanda penyakit
hati. Kalau sudah ada tanda maka kena berhati-hatilah. Antara tanda penyakit
hati tidak boleh dikesan sesiapa pun adalah:


1) Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan.
Malas menjalankan ibadah, bahkan meremehkannya pula. Contohnya melakukan
solat bukan dengan "sengaja' tetapi dengan tidak sengaja dan terpaksa.

Kalau buat pun tidak khusyuk dan ada kesungguhan. Mereka merasa berat untuk
menjalankan ibadah sunnah. Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak (pula)
menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan."
(Surah at-Taubah ayat 54).


2) Tidak tersentuh ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, maka tidak
terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyu atau tunduk dari membaca
al-Quran dan mendengarnya.

Sedangkan Allah memperingatkan dalam al-Quran yang bermaksud:
"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut kepada
ancaman-Ku." (Surah Qaaf ayat 45).


3) Tidak tersentuh dengan ayat kauniyah
Tidak tergerak dengan adanya peristiwa yang dapat memberikan pelajaran
seperti kematian, sakit, bencana. Dia memandang kematian atau orang yang
sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang tidak kaitan dengannya.
Nabi bersabda yang bermaksud:
"Cukuplah kematian itu sebagai nasihat dan peringatan".


4) Berlebihan mencintai dunia serta melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata. Segala
sesuatu diperhitung, dikira berasaskan dunia. Cinta, benci dan hubungan
dengan sesama manusia hanya untuk urusan dunia saja seolah hidup hanya untuk
dunia dan berakhir di dunia .


5) Berkawan dengan orang yang melakukan maksiat
Ini salah satu sebab terbesar yang mempengaruhi kerasnya hati seseorang.
Orang yang hidupnya di tengah gelombang kemaksiatan dan kemungkaran, bergaul
dengan manusia yang banyak berkubang dalam dosa, banyak bergurau dan tertawa
tanpa batasan, banyak mendengar muzik yang melalaikan serta menghabiskan
harinya untuk tujuan maksiat.


6) Kemaksiatan berantai
Penyakit hati lahir dari kemaksiatan baru akibat kemaksiatan yang dilakukan
sebelumnya sehingga menjadi lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi seseorang
itu melepaskan dirinya.


7) Meremehkan dosa kecil

Memang ada dosa kecil dan besar, tetapi perlu diingat semua dosa akan membawa
ke neraka. Seperkara lagi, kita perlu faham dosa besar bermula dengan dosa kecil,
banjir besar bermula dari titis hujan.


8) Tidak peduli sumber makanan
Orang yang hatinya berpenyakit dan keras ini biasanya kurang prihatin dengan
sumber makanan, halal atau haram. Begitu juga dengan syubhat, yang dia kira
sedap dan enak, selera kena tinggi. Makan di mana pun tidak kira kedai orang
Islam atau bukan Islam yang penting kaw dan kaw. Begitu juga dengan punca
pendapatan, sudah tidak peduli lagi sumber rezeki datang dari mana kerana yang
pasti dapat banyak, hidup kaya raya. Rasuah, curi, seludup, ampu ke semua dibedal.
Itu antara beberapa tanda yang sempat dibicarakan dalam ruangan ini dan
harapnya ia dapat menambah maklumat kita semua. Mengenai cara mengatasi
dan merawatnya Insya-Allah pada masa akan datang.

Friday, August 6, 2010

Cinta Terakhir...

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan




L.O.V.E.
-Maddy-